ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Showing posts with label UlasanHijau. Show all posts
Showing posts with label UlasanHijau. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Lelaki Oh Lelaki..!



Apakah JANTAN itu gelaran terbaru lelaki zaman kini? Meskipun tiada lagi yang bernama JALAK namun bila disebut jantan sahaja maka ramailah lelaki mendabik dada. Adakah JANTAN itu maskulin dalam era serba moden ini?

JANTAN ayam nampak di tajinya.. JANTANnya lelaki dimana pula ya? Tentu ramai sudah ada jawapan yang tersendiri mengikut persepsi masing-masing.. Apakah kamu akan terasa jika kamu dipanggil JANTAN..? Itu perlu melihat pada situasinya.. Anda setuju dengan saya? Jika di kamar.. Makanya ramailah lelaki yang mengaku dirinya JANTAN.. Jika diletakkan kepada sesuatu masalah misalnya HABIS MADU SEPAH DIBUANG.. Kejantanan tersebut akan disorok.. Mana perginya BERANI BUAT BERANI TANGGUNG yang menjadi slogan keJANTANan seseorang lelaki?

Ini bukan isunya.. Isu yang ingin saya KONGSIkan disini ialah mengenai kes pembuangan anak.. Tak sayangkah anda dengan anak sedarah sedaging dengan ANDA..? Binatang yang tidak dianguerahkan dengan akal pun pandai menjaga anak dengan penuh kasih sayang..

Kasih sayang.. Bukankah menunjukkan kasih sayang itu dituntut? Tambah lagi antara seorang ayah kepada anaknya. Hilangkah JANTAN itu jika menunjukkan kasih sayang tersebut? Yang tercalar bukan maruah sebaliknya air muka atau ego seorang lelaki.. Saya juga seorang lelaki malah keJANTANan saya belum teruji. Jika saya punya zuriat yakni cahayamata.. Maka seluruh nyawa saya akan saya serahkan untuknya.. Biar generasi baru itu mencorak perjalanan masa hadapan yang lebih cerah bukan untuk menjaga nama keluarga sebaliknya memartabatkan maruah bangsa dan negara..

ANDA berani menyahut cabaran saya.. JANTAN itu harus dikeluarkan dan tingkatkan KASIH sayang dengan cara yang HALAL.. Anak penentu BANGSA dan NEGARA.. Setuju dengan saya..? Sila beri KOMENTAR anda.. Kita kongsi bersama.. ya?

Wanita Oh Wanita..!



Kasihnya IBU.. Membawa ke SYURGA..! (Larik pitching lak..!)
Wanita.. Engkau BULAN Engkau juga SURIA..! Wanita.. Kerana keistimewaanmu.. Terpikul segala AMANAH dibahumu..!

Terpikulkah AMANAH dibahumu? Tajuk yang bakal kita kupas satu persatu NAMUN secara permukaan.. Seperti kata orang KOTA BHARU.. Surface..! Anak ialah amanah yang harus dipikul. Anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai bagi seorang wanita. Kasih sayang yang terjalin bukannya sehari dua malah SEMBILAN BULAN SEPULUH HARI berkongsi rasa yang sama.. Nak tidur baring sebelah kanan salah.. Nak baring sebelah kiri pun salah.. Nak tidur terlentang pula sakit pinggang bukan dibuat-buat.. Kaki membengkak.. Semua itu tak asing bagi seorang perempuan yang sudah bergelar isteri khususnya dan ibu umumnya..

Sesetengah wanita begitu mudah untuk menimang cahayamata bahkan ramai yang cuba menghentikannya melalui pelbagai proses. Tidak pula bagi sesetengah wanita yang tidak juga berkesempatan menimang cahayamata walau puas mencuba pelbagai PETUA dan pantang larang..

Sejak akhir-akhir ini Media MASSA dihebohkan dengan kisah seorang demi seorang anak gadis yang menjadi mangsa CINTA yang mereka agung-agungkan. Almaklumlah cinta itu BUTA. Mata hati mereka dibutakan dek perasaan serta nikmat duniawi. Mereka mengandung tanpa ada sebarang ikatan yang SAH sehingga menyebabkan berlakunya pembuangan bayi. Nama baik keluarga perlu diutamakan.. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT.. Apakah releven lagi di masa kini?

Wanita.. Mana pergi tingginya DARJATmu.. Ubahlah cara fikirmu.. Jangan terbawa dek nafsumu.. Selamatkan dunia ini kerana TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BISA MENGGONCANG DUNIA.. Jadilah seperti KHADIJAH.. Jadilah seperti SUMAYYAH.. Jadilah seperti Aisyah.. Janji denganku..!

Anak KECIL main api..!

anak kecil MAIN api..
terbakar hatinya yang sepi..
Airmata DARAH bercampur keringat..
Bumi dipihak milik orang..

Nenek moyang kaya raya..
Tergadai seluruh harta benda..
Akibat sengketa sesamalah kita..
Cinta lenyap di arus zaman..

Indahnya bumi kita ini..
Warisan berkurun lamanya..
Hasil mengalir ke tangan yg lain..
Pribumi merintih sendiri..

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Apakah pengajaran yang kita dapat kutip dari perenggan pertama?
~ pendapat saya, penulis cuma menggambarkan dunia (dlm konteks generasi muda di masa akan datang) yang berdepan dengan apa yang kita tinggalkan untuk mereka.. Bagaimanakah susah payah mereka setelah segala kemewahan, kemajuan, kekayaan yang ada pada Malaysia pada umumnya dan dunia pada khusunya hilang akibat kerakusan generasi-generasi terdahulu sebelumnya..

Perenggan kedua?
~ pendapat saya ialah perebutan kuasa dan persengketaan yang berlaku pada zaman dulu hingga sekarang yang mencerminkan keruntuhan akhlak, akidah serta toleransi antara mereka.. kekayaan (bukan dari segi wang ringgit & kebendaan malah budi pekerti) mulai lenyap. Perasaan kasih dan sayang hanya sekadar di mulut semata-mata..

Perenggan ketiga?
~ pendapat saya ianya berkenaan dengan kekayaan yang kita ada. Kekayaan yang kita tidak wariskan kepada generasi yang seterusnya semata-mata kerana keakuan yang menebal dan ketamakan untuk menggembelengkan kesemuanya untuk kepentingan diri sendiri. bagi mereka, hasil sedemikian hrus dikecap selagi mereka bernyawa dan waris mereka perlu berusaha keras untuk mendapatkannya dengan usaha mereka sendiri. Malah ada yang sanggup menggadai harta benda dan maruah serta memperdagangkan tanah air sendiri..

Perenggan seterusnya?
~ Harapan penulis adalah untuk melihat fenomena ini berubah dalam skop yang berbeza. Penulis mahu melihat sebuah Malaysia dimana setiap individu bekerjasama dan saling kasih mengasihi dan rasa kecintaan kepada tanah air dipehebatkan. Bulat air kerana pembentung.. Bulat manusia kerana muafakat..!!

Wink!
Apa pendapat anda?