ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Tuesday, January 18, 2011

Burut @ Angin Pasang

Salam..

Persoalan:
Apa yang korang tahu pasal 'burut'..?
Burut juga dikenali sebagai 'Hernia'..

 Hernia banyak jenis..
Ini salah satu daripada hernia..
Ia boleh terjadi di perut..
Ia boleh berlaku di 'testis'..
Ia boleh berlaku di sekitar abdomen kiri/kanan berdekatan dengan kemaluan lelaki..
 Gambar di bawah ni dapat menunjukkan kedudukan 'Hernia'

Dah faham kan..!

Apa kata pakar:
 hernia / pasang surut ni adalah kelemahan pada dinding otot pada ari-ari bahagian perut... hernia ni banyak tempat boleh jadi... cuma selalu diperkatakan pasang surut yang terjadi pada tepi otot ari-ari (inguinal)

inguinal hernia (pasang surut pada ari-ari) boleh terjadi atas dua sebab utama, pertama masa kecil waktu lahir dah ada, risiko makin tinggi kalau bayi tu tak cukup matang. sebab masa pembentukan saluran pembiakan laki masih tidak matang (masa dalam kandungan testis akan berhijrah dari dalam perut ke kantung telur atau skrotum)
kedua 'acquried', ini disebabkan oleh kelemahan otot masa sudah dewasa... ini disebabkan mengangkat berat kurang senaman dan berlebihan berat badan.

hernia bagi segi pembedahan, ianya perlu dilakukan. ini untuk mengelakkan kantung pasang surut menjadi besar. sekiranya lubang injap pada pasang surut itu besar... organ dalam abdomen seperti usus besar/kecil, lemak (omentum) ataupun ovari(bagi perempuan) akan masuk ke dalam kantung hernia. kalau lemak tak mengapa... tapi sekiranya termasuk usus ke dalam hernia pesakit akan mengalami sakit perut... apatah lagi pergi mengurut akan menimbulkan komplikasi teruk seperti usus mati atau pecah... ini akan mengancam nyawa sekiranya pembedahan tidak dilakukan segera...

bagi yang mengatakan pasang surut buleh menyebabkan mandul... itu salah satu kemungkinan. sebab kalau dibiarkan kantung hernia itu akan menekan saraf testis (duktus deferens), ini menyebabkan testis yang terlibat kecil sedikit. tetapi perlu diingat, testis sebelah lagi masih befungsi dengan baik...ini tidak menimbulkan masalah.

Persoalan:
Korang pernah tahu pasal Ara Jalar..?
Tahukah apa keistimewaan tumbuhan tersebut..?
Ini apa yang saya temui di Blog Wannura..
Khasiat makanan
Buah Ara segar atau kering : Dimasak sup dengan daging atau tulang dan diminum semasa makan nasi.
Khasiat ubatan
Akar : Air rebusan diminum untuk melawaskan buang air kecil dan juga mengatasi masalah bengkak pundi air kecil.

Buah
: Air rebusan diminum untuk merawat burut (hernia) dan kanser. Buah dibelah, dikeringkan, dimasak sup bersama daging atau tulang dan air tapai lalu diminum oleh ibu yang menyusui bayi supaya dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Air rebusan buah yang kering diminum untuk merawat masalah tiada atau kurang haid, mati pucuk, air mani keluar semasa tidur dan air kencing kotor.
Daun : Air rebusan diminum untuk merawat masalah kencing yang bercampur darah, disenteri, kanser dan penghasilan lebih susu kepada ibu. Air rebusannya disapu pada bisul atau bengkak bernanah dan buasir. Cecair dan getah yang diperah daripada daun disapu pada pelbagai jenis penyakit kulit.
Sila Klik disini untuk mengetahui akan tumbuhan Ara Jalar..
 Kalau tak juga berkesan..
Pembedahan adalah yang paling terbaik..
Kata Pakar..
1 hingga 5% pembedahan akan kembali berisiko mengidap semula Hernia dalam tempoh 5 tahun (Dewasa)
1% pembedahan akankembali berisiko mengidap semula Hernia dalam tempoh 15 tahun (Kanak-kanak)

No comments:

Post a Comment