ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Monday, January 24, 2011

Wanita Oh Wanita..!



Kasihnya IBU.. Membawa ke SYURGA..! (Larik pitching lak..!)
Wanita.. Engkau BULAN Engkau juga SURIA..! Wanita.. Kerana keistimewaanmu.. Terpikul segala AMANAH dibahumu..!

Terpikulkah AMANAH dibahumu? Tajuk yang bakal kita kupas satu persatu NAMUN secara permukaan.. Seperti kata orang KOTA BHARU.. Surface..! Anak ialah amanah yang harus dipikul. Anak merupakan satu anugerah yang tak ternilai bagi seorang wanita. Kasih sayang yang terjalin bukannya sehari dua malah SEMBILAN BULAN SEPULUH HARI berkongsi rasa yang sama.. Nak tidur baring sebelah kanan salah.. Nak baring sebelah kiri pun salah.. Nak tidur terlentang pula sakit pinggang bukan dibuat-buat.. Kaki membengkak.. Semua itu tak asing bagi seorang perempuan yang sudah bergelar isteri khususnya dan ibu umumnya..

Sesetengah wanita begitu mudah untuk menimang cahayamata bahkan ramai yang cuba menghentikannya melalui pelbagai proses. Tidak pula bagi sesetengah wanita yang tidak juga berkesempatan menimang cahayamata walau puas mencuba pelbagai PETUA dan pantang larang..

Sejak akhir-akhir ini Media MASSA dihebohkan dengan kisah seorang demi seorang anak gadis yang menjadi mangsa CINTA yang mereka agung-agungkan. Almaklumlah cinta itu BUTA. Mata hati mereka dibutakan dek perasaan serta nikmat duniawi. Mereka mengandung tanpa ada sebarang ikatan yang SAH sehingga menyebabkan berlakunya pembuangan bayi. Nama baik keluarga perlu diutamakan.. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT.. Apakah releven lagi di masa kini?

Wanita.. Mana pergi tingginya DARJATmu.. Ubahlah cara fikirmu.. Jangan terbawa dek nafsumu.. Selamatkan dunia ini kerana TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BISA MENGGONCANG DUNIA.. Jadilah seperti KHADIJAH.. Jadilah seperti SUMAYYAH.. Jadilah seperti Aisyah.. Janji denganku..!

No comments:

Post a Comment