ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Monday, January 24, 2011

Lelaki Oh Lelaki..!



Apakah JANTAN itu gelaran terbaru lelaki zaman kini? Meskipun tiada lagi yang bernama JALAK namun bila disebut jantan sahaja maka ramailah lelaki mendabik dada. Adakah JANTAN itu maskulin dalam era serba moden ini?

JANTAN ayam nampak di tajinya.. JANTANnya lelaki dimana pula ya? Tentu ramai sudah ada jawapan yang tersendiri mengikut persepsi masing-masing.. Apakah kamu akan terasa jika kamu dipanggil JANTAN..? Itu perlu melihat pada situasinya.. Anda setuju dengan saya? Jika di kamar.. Makanya ramailah lelaki yang mengaku dirinya JANTAN.. Jika diletakkan kepada sesuatu masalah misalnya HABIS MADU SEPAH DIBUANG.. Kejantanan tersebut akan disorok.. Mana perginya BERANI BUAT BERANI TANGGUNG yang menjadi slogan keJANTANan seseorang lelaki?

Ini bukan isunya.. Isu yang ingin saya KONGSIkan disini ialah mengenai kes pembuangan anak.. Tak sayangkah anda dengan anak sedarah sedaging dengan ANDA..? Binatang yang tidak dianguerahkan dengan akal pun pandai menjaga anak dengan penuh kasih sayang..

Kasih sayang.. Bukankah menunjukkan kasih sayang itu dituntut? Tambah lagi antara seorang ayah kepada anaknya. Hilangkah JANTAN itu jika menunjukkan kasih sayang tersebut? Yang tercalar bukan maruah sebaliknya air muka atau ego seorang lelaki.. Saya juga seorang lelaki malah keJANTANan saya belum teruji. Jika saya punya zuriat yakni cahayamata.. Maka seluruh nyawa saya akan saya serahkan untuknya.. Biar generasi baru itu mencorak perjalanan masa hadapan yang lebih cerah bukan untuk menjaga nama keluarga sebaliknya memartabatkan maruah bangsa dan negara..

ANDA berani menyahut cabaran saya.. JANTAN itu harus dikeluarkan dan tingkatkan KASIH sayang dengan cara yang HALAL.. Anak penentu BANGSA dan NEGARA.. Setuju dengan saya..? Sila beri KOMENTAR anda.. Kita kongsi bersama.. ya?

No comments:

Post a Comment