ThinkGreen

Followers

Waktu Siaran

Tuesday, May 31, 2011

Berlari..!


Lari aku..
Berlari dalam keresahan..
Mungkin sudah tiba masanya..
Untuk aku tentukan..
Mahu ataupun tidak..
Kamu harus bahagia..

Jenuh kita merencana..
Namun ketentuan tak tercapai akal..
Meski terduga..
Di sinilah letaknya segala rasa..
Bersama ataupun berpisah..
Hanya segaris jaraknya..

Lari aku..
Berlari mendapatkanmu..
Mungkin inilah detiknya..
Untuk aku luahkan..
Terima atau tidak..
Dengarkanlah suara hatiku..

Ini kisah kita..
Ini episod terakhir..
Debarannya makin terasa..
Lidah kelu tidak terkata..
Namun aku suarakan juga..
'Aku cintakan kamu..'
'Seumur hidupku..'
'Sudikah kamu bersama denganku..'
'Di saat susah mahupun senang..'

Lari aku..
Berlari ke arahmu..
Saat kau terima aku..
Jatuh airmata berguguran..
Sebaknya benar terasa..
Bahagia terbina..
Ku harapkan hingga ke akhirnya..

Nukilan,
Izad AZLI Zico