ThinkGreen

Followers

Waktu Siaran

Thursday, February 17, 2011

Hilang..!

Hilang..

Begitu besar kehilangan..
Hingga kau terlupa..
Apa yang kau cari..
Dengan apa yang kau hilangkan..

Yang tampak berkemungkinan akan hilang..
Yang terlindung mampukah hilang..

Kau hanya mencari zahirnya..
Kau terlupa akan batinnya..
Kau mencari puncanya..
Kau terlupa akan pangkalnya..
Kau mencari agungnya..
Kau terlupa akan dzatnya..

Meski sebesar zarah yang hilang..
Akan terganti jika tidak kau temukan..
Meski yang terganti itu tak sama..
Namun dari segi memiliki.. itu kau punya..

Kau hilang akal..
Tiada pedoman..
Kau hilang punca..
Tiada pegangan..
Kau hilang maruah..
Tiada pertimbangan..

Apa yang kau hilangkan..
Mahu pula kau pinta digantikan..
Apa yang kau hilang sebenarnya..
Ialah panduan untuk meneruskan kehidupan..

Nukilan,
Izad Azli Zico

No comments:

Post a Comment