ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Tuesday, January 25, 2011

|HERO Malaya|

Gedebukkk!!!
Permukaan tanah yang keras itu berlekuk..
Debu-debu merah berterbangan..
Hilang dalam pekatnya tirai malam..

Darah merah pekat mengalir..
Bunyi tulang temulang yang patah..
menggambarkan betapa sakitnya..
Betapa azabnya..
Betapa parahnya |DIA|

Siapa gerangannya |DIA|..?
Namanya |Malam|
Hanya mahu dikenali sebagai |Malam|..
Melalui kalung besi hitam yang dipakainya..
Dari mana asal usulnya |DIA|
Tidak diketahui..
Hilang bersama kebisuan |Malam|

Siapakah dia..?
Apakah tujuannya kemari..?
Tiada siapa yang tahu..

|Malam| bingkas bangun..
Cuba untuk mengorak langkah longlai..
Meskipun terjatuh..
Rebah ke bumi..
|Malam| tetap berusaha..
Meski susuk badannya yang sasa..
Dibelakangnya bagai ditoreh..
Dua garis tersebut masih berdarah..
Mengalir bagai palitan cat merah..

|Malam| terduduk seketika..
Termenung mengenangkan nasibnya..
Patahnya sayap |Malam|..
Bermula satu kisah yang panjang..
Tak terungkapkan..

Karektor : 'HERO Malaya'
By: Izad Azli Zico

p/s: Preview watak-watak |HERO Malaya|

No comments:

Post a Comment