ThinkGreen

Followers

Waktu Siaran

Friday, January 28, 2011

AKU yang SUNYI..!


Itu adalah AKU..
Insan yang terkurung dalam sepi..
Mungkin tanpa pernah AKU sedari..
Yang meminggir itu AKU sendiri..

Ini adalah AKU..
Insan yang tak lekang berbicara puitis..
Mungkin tanpa pernah ku terfikir..
Yang terpinggir itu mindaku sendiri..

Tersangkar dalam keresahan..
Terkial-kial mencari kebahagiaan..
Mungkin jalan yang ku pilih..
Merupakan jalan yang amat panjang..
Penuh liku..
Punya onak dan cabaran..
Ku gagahi..

Itu AKU..
Yang akan terus melangkah..
Menahan segala sakit..
Dalam diam tak berbahasa..

Ini AKU..
Yang akan terus kembara..
Meniti usia..
Dalam jiwa nan pasrah..

Nukilan, 
Izad Azli Zico

No comments:

Post a Comment