ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Monday, January 31, 2011

|Pari Layang & Taring Beku|

Nadine: Hero Malaya.. Dimana kamu..?
Nadine kegelisahan..
Dia tahu..
Temasya itu hanya satu |Kepalsuan|..
Kemeriahan itu satu |Sandiwara|..
Sayup di luar jendela di bangunan 77 tingkat itu..
Nadine menyaksikan ribuan warna berserakan..
|Acara Kembang Api|
Berterusan selama setengah jam..
Satu |Pembaziran|
Bisik hati Nadine..

|Malam| membaringkan tubuh badannya..
Biarpun |Keriuhan| di dengarinya..
Dari sayup-sayup telinganya..
Dia masih bisa memejamkan matanya..
Biar |Mimpi| yang bertandang..
Berupa |Alamat| meski |Petanda|..
|Malam| tetap perlukan sedikit |Rehat|..
Dia |Penat| dan |Lelah| dengan pencariannya..
Siapakah dia..?
Apakah tujuan hidupnya..?
Apa yang dilihatnya ialah paparan 'ILUSI OPTIK'..
Mungkin ianya |Amaran| dari masa hadapan..

Jauh di |Bawah| tanah..
Sebuah |Stesen Rahsia| rancak memerhati..
Di bawah Agensi Keselamatan Negara..
Unit |Siren| beroperasi dibawah arahan |Kuku Besi|..
Lelaki yang dikatakan sudah MATI itu..
Sebenarnya masih bernyawa..
Dia hanya menunggu masa untuk membalas |Dendam Kesumat|..
Antara yang ingin dikesannya..
|Taring Beku| dan |Pari Layang|..
Dia juga mahu mengesan lelaki yang dikenali sebagai |Hero Malaya|..
Yang tampil memusnahkan |Plan Parasit Minda|..
Yang diusahakannya..

|Kuku Besi|: Professor.. Bagaimana |Plan Hologram Mimpi|?
Professor Adenan: Sedang dalam ujian peringkat akhir..
|Kuku Besi|: Bagus.. Masanya untuk menggunakan |BANDUAN 1045|..
Professor Adenan: |Banduan 1045|..? 
|Kuku Besi|: Ya.. Gunakan dia dalam ujian tersebut..
Professor Adenan: Bukankah dia..?
|Kuku Besi|: Ya. Biar |Pari Layang| rasakan bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang..
|Kuku Besi| ketawa berdekah-dekah..
Matanya terbayang saat anak lelakinya terbunuh dalam operasi yang dijalankan oleh |Pari Layang|
|Operasi Platlet| itu telah merampas kebahagiaan |Kuku Besi|

Di sebuah bangunan terbiar..
Tingkat paling atas..
Terdapat |Piring Satelite HS10|
Ianya milik |Pari Layang|
Di skrin tertera "Visual Error"
Butang |Incoming Call| galak berkerdipan..
|Pari Layang| lantas menekan punat MONITOR tersebut..
|UnIdentified|: Pari Layang..Bagaimana keadaan Taring Beku?
|Pari Layang|: Dia masih KOMA..
|UnIdentified|: Koma? Peratus pemulihannya..?
|Pari Layang|: Huh.. Dia perlukan rehat yang banyak.. Bagaimana dengan lelaki tersebut?
|UnIdentified|: Lelaki itu.. Dia tak dapat dikesan..
Namun BETA telah utuskan HS08 dan HS07 untuk mencarinya..
|Pari Layang|: Baiklah..

|Pari Layang| merahsiakan sesuatu daripada |UnIdentified|
Ianya berkaitan dengan lelaki yang bersayap itu..
Bagaikan ada sesuatu pertalian antara mereka berdua..
Dadanya berombak kencang..
Apakah |UnIdentified| akan merekrut lelaki tersebut?

p/s: Keadaan topografi Bumi melalui kanta Satelite menunjukkan..
Bumi kian 'Parah'..
Peperangan boleh berlaku bila-bila masa..
|Republik ORION|..
Menguasai 70% daratan bumi..
Yang pernah dikuasai oleh |Kuku Besi|..
Kini dijawat oleh |Marshall Rashidi|
Ketua Kumpulan Pembangkang dibawah |Parti ORB|
|Parti REVO| akhirnya terkubur..

Teruskan ke Episod seterusnya.. ya!

No comments:

Post a Comment