ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Sunday, January 30, 2011

Kuku Besi..!


|Malam| sudah tak punya sayap..
Semenjak patahnya sayap |Malam|..
Lelaki itu seakan tidak mahu  bersayap lagi..
Wajahnya yang sugul..
Bibirnya yang kering..
Tiada berkata-kata membuatkan dirinya dipinggirkan..
Dalam keriuhan yang tiada kesudahan..

Di luar sana..
Manusia bertemasya..
Berpesta sehingga pagi..
Ada yang leka..
Ada yang lali..
Ada yang lupa..
Apakah tujuan temasya itu diadakan..

Di dada-dada akhbar..
Tertera tajuk-tajuk GEMBIRA..
Dunia terlepas dari |Kuku Besi|..
Tiada lagi airmata..
Tiada lagi darah  merah..
Sebagai permaidani yang terhampar disetiap sudut dunia..
Tiada satupun yang berbicara..
Tentang |Dia|..
Hero Malaya..
Yang entah dimana dia berada..
Hidup atau matinya..
Tiada siapa yang peduli..

|Malam| melabuhkan punggungnya di atas helaian  surat khabar..
Berita tentang  |Hero Malaya| cuma diruangan paling kecil..
Tiada siapa yang mahu menatapnya..
Penulis seakan cuba merungkai sejarah |Hero Malaya|.. 
Namun cerita yang disampaikannya itu..
Tak terlihat oleh mata DUNIA..

Tiada siapa yang benar-benar tahu..
Apakah yang berlaku pada malam itu..
|Malam| pun tidak mengetahuinya..
|Malam| pun tidak mengingatinya..
Ianya bagaikan satu MITOS..
Propaganda DUNIA..

p/s: Apakah |Malam| terbabit dalam 'Peperangan'  tersebut..?
Siapakah |Kuku Besi| itu..?

No comments:

Post a Comment