ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Monday, January 24, 2011

Aku Musafir FACEBOOK..!

Mereka senyap..
Pabila musafir ini bertandang..
Sinisnya jelingan..
Selingan kebiasaan mereka..

Hajat musafir sekadar berteduh..
Didalangi jahil..
Mereka seraya menginjak..
Tohmah itu senjata mereka..

Dahaga bukannya kepalang..
Kini hidup di kata petualang..
Musafir diam enggan berbahasa..
Kerana tiada berbudinya mereka..

Mereka hingar..
Pabila musafir berpaling muka..
Telinga bagai dihiris sembilu..
Hati mereka tak lain bagai hempedu..

Musafir itu aku..
Yang berkelana dalam FACEBOOK..
Mereka terus menunggu masa..
Untuk menjatuhkan aku bila-bila masa..

Nukilan,
Izad Azli Zico

No comments:

Post a Comment