ThinkGreen

Followers

Waktu Siaran

Thursday, May 12, 2011

Kudup di Lautan Lalang..


Kudup di Lautan Lalang..

Tercampak di tengah lautannya lalang..
Terbuang dalam sepinya musim nan suram..
Kau berdiri dan memerhati..
Hijaunya alam yang terbentang menyendiri..

Kau kudup nan kembang..
Indah warna merahmu..
Memukau pandangan..
Disebalik hijaunya lalang..

Kau kudup nan mekar..
Serimu tiada terbandingkan..
Semarak kasihmu..
Tiada diperhatikan..

Kau sendirian..
Namun kau menyerlah..
Kau mempesonakan..
Namun kau tak terketengahkan..

Kau kudup..
Ku lihat..
Penuh kesempurnaan..
Kau ku sunting..
Ke hatiku..
Wangian cintamu mengasyikkan..

Hasil Nukilan,

Izad AZLI Zico

No comments:

Post a Comment