ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Monday, January 24, 2011

Henti..!

Henti..!

Titis keringat gugur membasahi..
Kamu tak terkejar lagi..
Masa nan bergulir..
Pantas menyisih..
Ku kabur dalam keakuan sendiri..

Cukup sudah..
Ku lalui..
Hari-hari nan suram..
Sering mendatangi..
Dimana..
Letaknya bahagia..
Andai tiada perasaan itu..
Hingga ku lafaz..

Henti..!
Hentikanlah waktu nan bergulir..
Hentikanlah derita yang ku alami..
Hentikan..!
Biar semuanya terhenti disini..

Titis airmata yang berderaian..
Hadir tatkala merindu..
Musim yang terganti..
Bahagia nan ku cari..
Tiada disisi..

Cukup sudah..
Ku hadapi..
Saat-saat nan tiada terisi..
Hapus semuanya memori..
Antara kau dan aku..
Walau cinta itu hanya milikmu..

Henti..!
Hentikanlah waktu nan bergulir..
Hentikanlah derita yang ku alami..
Hentikan..!
Biar semuanya terhenti disini..

Henti..!
Hentikanlah ingatanku padanya..
Hentikanlah sengsara nian mencengkam..
Hentikanlah..!
Biar ia berhenti di sini sahaja..

Nukilan,
Izad Azli Zico

Hand STOP..!

p/s: hentikanlah PROPAGANDA..
hentikanlah FITNAH..
BELIA benci Propaganda..!

No comments:

Post a Comment