ThinkGreen

Followers

Waktu Siaran

Sunday, January 23, 2011

KU masih disini demi KAMU..!

Berjalan aku..
Dengan langkah paling longlai..
Bagai semangat ditarik keluar dari jasadku..
Bagaimana agaknya untuk aku kemudi arahku hari ini..?

Berlari aku..
Dengan melangkah selebar mungkin..
Tiada akan aku terlihat sesiapa dalam fokusku..
Akan adakah yang terus-terusan memerhati diriku dari kejauhan..

Berterbangan aku..
Membuka sayapku seluas angkasa....
Ingin ku melayang ke dunia yang tiada sengketa..
Namun sanggupkah aku tinggalkan semua yang berlegar dimindaku..

Berenanglah aku..
Dalam lautan airmata..
Tiada hentinya memujuk diriku..
Agar terus tinggal di sini demi kamu.

Nukilan,
Izad Azli Zico

No comments:

Post a Comment