ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Sunday, January 23, 2011

AKU pun MANUSIA seperti KAMU

Aku pun Manusia seperti KAMU..! 

Aku ini manusia..
Selalu sahaja leka..
Terbawa dek anganan dunia..

Aku cuba merasa..
Dari sudut yang berbeza..
Namun asaku tetap satu saja..

Ku berbisik hiba..
Ku bercanda girang..
Ku bertatih dalam dunia yang penuh cabarannya..

Ku berlakon ceria..
Ku pendam segala duka..
Ku berlari dari masalah yang tiba..

Namun sampai bila..
Harus ku hadapinya..
Ku hanya insan biasa..
Tak punya kesaktiannya..

Ku hadap kelemahan..
Ku dakap kepiluan..
Ku jamah segala rasa yang terhidang..

Aku ini manusia..
Banyak benar salahnya..
Namun tak perlu dijijak-jijak..

Nukilan,
Izad Azli Zico

No comments:

Post a Comment