ThinkGreen

Followers

Powered By Blogger

Waktu Siaran

Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Ruangan Pengalaman MISTIK bersama ZamZam..!

Assalamualaikum W.B.T..

Pengalaman MISTIK..
Bukan Mistik X-MEN tu okay?


Mistik 1
Oleh sebab adik aku ni gemar cerita tentang antu..
Satu hari masa dia mention..
Selalu terdengar antu mengilai..
Wah.. Selalu tu..
Oleh kerana hormon tengah berkembang dengan baik..
Aku pun pakat dengan adik aku untuk mendengar antu mengilai..
Hahaha..
Manusia lak tunggu antu muncul..
Nak jadi cerita..
Umah kami sememangnya laluan utama antu-antu ni berkeliaran..
Cam HIGHWAY kata adik aku..
Punya la berani dia..
Nak jadi cerita.. 
Malam tu aku di izinkan untuk mendengar antu mengilai..
Ok.. Cam tu ke cara dia mengilai..?
Soal aku kepada adik aku..
Ha la.. Cam tu la.. Ingat cam kat TV tu ka?
Sah2 antu kat TV kena belajar mengilai cara antu yang REAL..
Wakaka..

Mistik 2
Oleh kerana umah aku merupakan HIGHWAY..
Maka suatu malam yang agak sedikit panas..
Aku pun membuka tingkap untuk mendapatkan udara malam yang dingin..
Oleh kerana rancak berbual dengan adik aku yang sorang lagi.. (Bukan adik dalam Mistik 1)
Daun pintu bilik sememangnya terbuka luas..
Pandangan mata aku sememangnya tertumpu pada ruang tamu..
Aku membelakangkan tingkap sambil meneruskan perbualan..
Tiba-tiba adik aku cam terkejut beruk..
Dia kata jangan bergerak..
Aku lagi lah gelabah..
Apekehalnya ni..
Adik aku kata kat belakang aku tu ada antu..
Mengerbang rambut..
Mata merah bak biji saga..
Aku pun memberanikan diri untuk menoleh ke belakang..
Tak ada apa-apapun..
Aku kembali rancak berbual..
mata adik aku terus terpaku pada tingkap di belakang aku..
Ada lagi ka? Soal aku..
Dia menggelengkan kepalanya..
Tiba-tiba..
Giliran aku sampai..
Di ruang tamu yang serba gelap itu..
Aku terlihat akan sesusuk tubuh badan kecil berwarna hitam..
Aku segera bergerak menutup pintu bilik..
Sebelum sempat nak menutup lampu..
Bayang-bayang hitam seperti kepulan asap hitam segera menerpa masuk melalui celah pintu..
Bayang-bayang itu merangkak di dinding yang berdekatan..
Aku dan adik sedikit panik..
Mata kami terpaku kepada kepulan asap hitam yang sedang merangkak itu..
Dalam seminit..
Asap hitam itu hilang dari pandangan kami..
Apa lagi..
Tutup lampu dan terus pejamkan mata..

p/s: Mistik x?

Wednesday, January 19, 2011

Tahukah Anda..?

Tahukah anda..



Tujuh itu SEMPURNA..
Sesuatu yang berkaitan dengan TUJUH..
Boleh dikatakan lengkap..

Lengkap bermaksud jika tiada salah satu daripada elemennya..
Maka..
Akan pincanglah ia..

Kes 1:
Pelangi..
Cantikkan pelangi yang terbentuk..
Hasil pertembungan cahaya matahari dengan titits-titis hujan..
Jalinan TUJUH warna pelangi ini dikatakan paling sempurna..
Jika salah satu dari warnanya tiada..
Ia bukan lagi pelangi..
Kan..!

Kes 2:
Tujuh hari dalam seminggu..
Cuba bayangkan..
Apa yang bakal terjadi jika anda bangun dari tidur..
Dan mendapati sudah kurang satu hari dalam seminggu..
Enam hari seminggu..?
Atau..
Apabila anda bangun dari tidur mendapati sudah terlebih satu hari dalam seminggu..
Lapan hari seminggu..?
Pelik kan..
Tujuh sudah memadai..
Ia akan lengkap apabila ia mencukupi Tujuh hari..

Kes 3:
Tujuh petala langit..
Telah diriwayatkan..
Telah disebut di dalam kitab Al-Quran..
Akan perjalanan Nabi Muhammad..
Merentasi Tujuh petala langit..
Dalam peristiwa Isra' dan Mikraj..
Allahuakbar..!
Maka dengan itu..
Telah disebut bahawa langit mempunyai tujuh lapisan..
Tiap satunya punya keistimewaannya tersendiri..
Maka..
Jika tiada salah satu darinya..
Tiada lengkaplah ia..

Kes 4:
Tujuh petala bumi..
Telah diceritakan bahawa..
Bumi mempunyai tujuh lapisan kesemuanya..
Yang saling bertindan antara satu sama lain..
Dalamnya bumi dapat diukur melalui tujuh lapisan ini..
Ianya bukan sahaja telah diriwayatkan..
Malah telah diceritakan di dalam kitab Al-Quran..

Di sini ada yang menceritakan tentang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi..
Tahukah anda saiz bumi berbanding planet-planet lain di cakrawala..?
Sila KLIK di sini..

Tuesday, January 18, 2011

Tahukah ANDA..?

Tahukah ANDA


Manusia hidup berpegang kepada satu kepercayaan..
Kepercayaan tersebut merupakan pegangan kita semua..
Meskipun pegangan ini tak sama..
Antara kita..
Namun..
Bagi yang tiada pegangan agama ataupun kepercayaan..
Mereka umpama hidup tanpa arah tujuan..
Tanpa garis panduan..
Mereka boleh di ibaratkan..
Sebagai layang-layang yang tiada kemudinya..
Teroleng-oleng di angkasa..
Mereka dikenali sebagai golongan Atheist..!

Nota Kaki: 
Hanya DIA..
Berkuasa menentukan segalanya..
Jika DIA berkehendakkan sesuatu..
Maka KUN FA YA KUN..!
Pada DIA ku berpegang..
Ku percaya..
Ya Rabbal Alamin..
Ya Allah..
Bantulah hambamu ini..
Merencana hidup yang terbaik..
Amin..!